fb fb fb fb fb

Perak tambah peruntukan dana perubatan bantu lebih ramai golongan yang memerlukan

IPOH, 29 Mac - Kerajaan Negeri Perak akan meneruskan serta menambah peruntukan tiga dana perubatan bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan, khususnya ibu tunggal dan warga emas.

Tiga dana perubatan tersebut ialah Dana Perubatan Warga Emas untuk pembedahan kecil, Dana Perubatan Wanita untuk pembuatan tapak dialisis dan Dana Perubatan Sinar untuk pembedahan katarak.

Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata Dana Perubatan Warga Emas yang dilaksana dengan kerjasama hospital swasta, ditambah 100 peratus tahun ini, menjadikan jumlah peruntukan tahunan sebanyak RM100,000.

(Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin)

"Berdasarkan sambutan yang baik daripada kalangan penerima, juga perkhidmatan yang cemerlang diberikan oleh hospital-hospital ini, menyebabkan Kerajaan Negeri bersetuju untuk bekerjasama menjayakan ketiga-tiga dana perubatan tersebut, katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

"Kerajaan Negeri berharap penganjuran program sebegini, akan lebih ramai rakyat di negeri Perak yang berpendapatan rendah n memerlukan rawatan segera dapat dibantu, katanya.

Dana Perubatan Wanita yang diperkenal dengan kerjasama sebuah lagi hospital swasta pula diteruskan dengan peruntukan sama.

Dana berkenaan khusus bagi membantu golongan wanita B40 yang mempunyai masalah fungsi ginjal yang kronik.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Media Baharu