fb fb fb fb fb

Presiden Brazil masuk wad sakit perut bekas tikaman dialami pada 2018

(Presiden Brazil Jair Bolsonaro dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian kesihatan/FOTO FAIL REUTERS)


BRASILIA, 29 Mac- Presiden Brazil Jair Bolsonaro dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian kesihatan akibat ketidakselesaan perut, menurut Menteri Komunikasi Fabio Faria.

Faria bagaimanapun memberitahu presidennya itu berada dalam keadaan baik serta mengesahkan laporan media tempatan sebelum ini bahawa Bolsonaro dibawa ke Hospital Tentera di Brasilia untuk ujian dan rawatan lanjut.

Faria berkata presiden berasa tidak sihat, dengan ketidakselesaan perut, dan pergi ke hospital untuk menjalani ujian kerana beliau mempunyai sejarah halangan usus.

"Dia akan berada di hospital semalaman di bawah pemerhatian pihak hospital.

"Januari lalu, Bolsonaro pernah dimasukkan ke hospital, juga kerana halangan usus dan telah dibersihkan, da tidak memerlukan pembedahan.

"Sekatan dan halangan usus dialaminya itu adalah komplikasi terbaharu akibat tikaman di perut pada 2018.

Beliau pernah ditikam semasa berkempen di bandar Juiz de Fora, negeri Minas Gerais, hampir sebulan sebelum pilihan raya.

(Bolsonaro memberi isyarat bagus semasa dimasukkan ke hospital Sao Paulo, pada 3 Januari 2022 disebabkan masalah usus akibat tikaman lama dialaminya/Gambar Twitter @jairbolsonaro/REUTERS)


Tikaman itu merosakkan arteri mesenterik yang membekalkan darah ke usus.

Katanya, sejak itu, Bolsonaro terpaksa menjalani enam pembedahan akibat tikaman itu selain perlu menjalani rawatan hernia di kawasan yang cedera.

Bolsonaro, yang mula berkempen untuk pemilihan semula pada Oktober ini, sepatutnya menghadiri mesyuarat politik Parti Republikan tetapi tidak muncul, lapor media tempatan.-REUTERS

Media Baharu