fb fb fb fb fb

UiTM perintis Rakan Alam Sekitar Kluster Kampus - KASA

SHAH ALAM, 29 Mac- Mulai tahun ini, Program Rakan Alam Sekitar (RAS) akan berpaksikan kepada lima kluster utama.

Kluster berkenaan ialah Kluster RAS Agensi, Kluster RAS Kampus, Kluster RAS Sekolah, Kluster RAS Industri dan Kluster RAS Komuniti.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata UiTM dinobat sebagai perintis Rakan Alam Sekitar Kluster Kampus sebelum diperluaskan ke institusi pengajian tinggi yang lain.

"Sasaran kita melancarkan ke semua universiti dan walaupun kita menyasarkan seramai mungkin tapi kita yakin sebenarnya banyak institusi dan agensi mengambil bahagian di peringkat awal. Semua universiti kita nak ada Rakan Alam Sekitar, di universiti terlibat kita akan tengok pencapaian," kata Tuan Ibrahim pada Majlis Penutupan Program "Sustain The World Virtual Camp 2022 dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0, di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, di sini.


(Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
ketika ditemui pemberita menjelaskan perkara tersebut)

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Pembangunan UiTM, Prof Datuk Ts Dr Mohd Fozi Ali berkata objektif utama penubuhan tersebut adalah untuk meningkatkan penglibatan anggota masyarakat secara praktikal dengan menjadi ‘mata dan telinga’ untuk membantu agensi kerajaan dalam membanteras kegiatan merosakkan alam sekitar.

Media Baharu