fb fb fb fb fb

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas banjir di Kuala Selangor, Selangor, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka berkenaan berkurang berbanding 597 orang daripada 144 keluarga yang terjejas banjir, tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut.

Selain Selangor, Johor turut terjejas dengan banjir.

Seramai 41 orang daripada 12 keluarga kekal terjejas di daerah Segamat, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan satu PPS di daerah berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM