fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan Jumaat ini, PGA buat persiapan rapi

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Pasukan Gerakan Am (PGA) diatur gerak membuat pemantauan rapi di kawasan berhampiran pintu masuk negara sebagai persediaan pembukaan sempadan Malaysia, Jumaat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tumpuan diberikan kepada kawasan utara Semenanjung, Pantai Timur Semenanjung juga di Sabah dan Sarawak.

 


(Sempadan negara dibuka 1 April )

Program bakal dilancarkan di Kota Bharu, Kelantan dan Kedah oleh PGA untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa polis telah bersiap sedia menangani apa juga perkara yang timbul susulan pembukaan sempadan.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran buku ‘Jenayah Siber di Malaysia’ oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia, di ibu negara.

Media Baharu