fb fb fb fb fb

Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi

Jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, hari ini

LENGGONG, 18 Mei- Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor, awal pagi semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan itu turut dihulurkan kepada tiga mangsa tragedi dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, bulan lepas.

"Kesemua penerima sumbangan merupakan anak jati Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi semalam, Ahmad Azza Fahmi, 22, dan rakan setugas Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, manakala seorang Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Suspek lelaki berusia 21 tahun, dipercayai anggota Jemaah Islamiyah (JI) ditembak mati dalam kejadian tersebut. -BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN
Hampir 1,000 orang hadir pengebumian Konstabel Ahmad Azza
Dua anggota polis maut, seorang cedera insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Motif serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram bersifat persendirian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman

SITI AISHAH MD ISA