fb fb fb fb fb

Perak perkasa masyarakat orang Asli, dedahkan ilmu TVET

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A.Sivanesan

IPOH, 18 Mac- Seramai 20 orang masyarakat orang Asli di Tapah, Perak berjaya menamatkan kursus jangka pendek menerusi Program Pemerkasaan Orang Asli di bawah program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Orang Asli.

Kursus selama lapan hari itu memfokuskan kepada latihan kemahiran kepada komuniti orang Asli dalam membina sesebuah perniagaan.

Menurut Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A.Sivanesan, program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menaik taraf kehidupan masyarakat itu dalam bidang ekonomi.

"Program ini sungguh bermakna dan akan diteruskan. Kita akan gunakan peserta ini untuk mengadakan program di tempat-tempat lain.

Salah satu topiknya adalah untuk kita mengajar pelatih dan kemudian mereka ini harus membantu untuk melatih anak-anak asal yang lain," kata A.Sivanesan kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pemerkasaan Orang Asli di Kampung Batu 10, Tapah.

Belanjawan Perak 2024, memperuntukkan sejumlah RM5.5 juta kepada Program TVET termasuk latihan TVET kepada masyarakat orang Asli.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM