fb fb fb fb fb

Perak perkasa masjid sebagai pusat komuniti, laksana tiga kluster program

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/BERNAMA

IPOH, 16 April- Tiga kluster program dilaksanakan kerajaan negeri bagi memperkasa peranan masjid sebagai Pusat Kegiatan Komuniti di Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia melibatkan kluster pendidikan, kluster ekonomi dan kluster kebajikan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga dalam perancangan menjadikan masjid sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat termasuk kelas literasi, tuisyen percuma dan pemerkasaan belia.

"Masjid hendaklah memenuhi fungsi pusat kegiatan utama yang telah ditetapkan iaitu sebagai pusat ibadah dan dakwah, pusat sosial, pusat ekonomi, pusat teknologi dan informasi serta pusat generasi muda dan pembinaan," kata Datuk Seri Saarani, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Bangunan Darul Ridzuan, di sini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM