fb fb fb fb fb

Perak cadang bina kompleks parkir bertingkat

IPOH, 26 Jun- Kerajaan Perak bercadang untuk membina kompleks parkir bertingkat bagi mengatasi kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak A Sivanesan berkata, pihaknya menerima cadangan berkenaan daripada sebuah syarikat dari China pada April lalu.

Hasil daripada perbincangan awal, syarikat tersebut bersedia menanggung sepenuhnya kos pembinaan tanpa menggunakan sebarang peruntukan kerajaan negeri.

"Apabila saya dapat kertas kerja, saya akan maklumkan kepada exco saya dan bincang dengan menteri besar berkenaan perkara itu.

"Beliau maklumkan untuk kami teliti kertas kerja tersebut kemudian saya akan bincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kalau mereka setuju sekurang-kurangnya dua hospital iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Taiping," katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Pembinaan kompleks parkir bertingkat itu akan dijadikan contoh bagi hospital lain seperti Hospital Taiping yang berdepan masalah sama yang telah menyebabkan orang awam terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama luar hospital.

Bagaimanapun, pihak polis masih menangguhkan tindakan menyaman kenderaan yang diletakkan di bahu jalan pekarangan hospital berkenaan dengan syarat tidak menghalang lalu lintas pengguna lain terutama ambulans.

(A Sivanesan)

Media Baharu