fb fb fb fb fb

KPKT perantara selesai isu perumahan terbengkalai

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bertindak sebagai pengantara bagi mencari jalan penyelesaian isu perumahan sakit dan terbengkalai bersama pemaju asal, pemaju selamat atau pelikuidasi sehingga ianya mendapat sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC).

Menurut Timbalan Menteri KPKT Akmal Nasrullah Mohd Nasir, langkah proaktif melalui Jabatan Perumahan Negara mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau isu tersebut dan menjaga kepentingan pembeli.

Turut dilaksana termasuklah memperkasakan syarikat berkaitan kementerian seperti PRIMA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) supaya lebih proatif secara lebih telus dan efektif.

"Bagi meringankan beban pembeli yang terkesan dengan projek-projek terbengkalai kementerian turut mengadakan beberapa inisiatif.

"Mengeluarkan surat pengesahan projek sakit atau terbengkalai yang menyarankan perkara-perkara berikut supaya pihak bank pembiaya memberikan pengurangan atau pengecualian kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan atau membatalakan pinjaman perumahan dengan penyelesaian penuh dan kadar faedah atau berunding semula bersama LPPSA," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh senator Datuk Wira Koh Nai Kwong di Dewan Negara.

Kementerian juga terbuka menerima cadangan daripada pemegang taruh berkaitan industri hartanah dalam mencari kaedah terbaik mengatasi masalah berkaitan.

Selain itu, taklimat berjadual bersama pemaju berkaitan tanggungjawab dan kewajiban pemaju perumahan berlesen berdasarkan akta 118, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan perlesenan) akan diadakan.

Media Baharu