fb fb fb fb fb

Penyertaan wanita dalam politik perlu diberi sokongan

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Penyertaan wanita dalam kepimpinan negara perlu diberi tumpuan selain memberi sokongan penuh kepada golongan itu khususnya untuk menyertai bidang politik.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, inisiatif tepat kepada golongan berkenaan mampu membuka lebih banyak peluang bagi mereka untuk menyumbang secara aktif dalam pembangunan negara.

"Kedudukan Malaysia dalam kedudukan kesamaan jantina tidak sebaik negara lain di rantau Asia.

"Jadi ini menunjukkan bahawa banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dalam memastikan kedudukan wanita di Malaysia semakin meningkat khususnya dalam bidang politik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel pada sesi plenari Malaysia Women & Girls Forum 2024 di ibu negara.

Dalam pada itu, Teo turut menyatakan halangan wanita dalam menceburi sesuatu bidang disebabkan kurang keyakinan diri yang menghalang golongan itu daripada menyertai sektor kepimpinan.

"Saya nak menggalakkan encourage semua wanita di luar sana apabila peluang ada di depan mata, ia perlu diambil.

"Tidak perlu memepersoalkan kredibitili, sebaliknya perlu menerima dan menyahut berkenaan," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, persembahan artis luar negara di negara ini mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, ia juga akan merancakkan sektor pelancongan meliputi perhotelan, sewaan, pengangkutan, perkhidmatan dan makanan.

"Pada tahun 2023, kita telah mengadakan 280 konsert melibatkan artis luar negara di Malaysia. Angka ini terus meningkat kepada 292 untuk tahun ini.

"Jadi ini menunjukkan satu peningkatan, untuk dua tahun ini konsert artis luar negara telah menyumbang RM1.47 bilion kepada ekonomi Malaysia," katanya.

Bagi tahun 2025, sudah ada 35 permohonan untuk mengadakan persembahan artis luar negara di Malaysia.

Sementara itu menerusi Insentif Konsert dan Acara di Malaysia (CEMI) sebanyak RM10 juta merupakan inisiatif terbaharu diumumkan melalui Belanjawan 2025.

Insentif berkenaan bagi membida artis-artis luar negara untuk menganjurkan konsert di Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI