fb fb fb fb fb

Penyertaan penuh Malaysia dalam BRICS dipercepatkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden China, Xi Jinping di Great Hall of the People, Beijing. - Foto BERNAMA.

BEIJING, 2 September - Penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS akan disegerakan, sebagaimana dimaklumkan Presiden China, Xi Jinping kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan hormat di Great Hall of The People, Beijing.

Perdana Menteri menyifatkan ia satu penghormatan besar dan menegaskan Malaysia akan terus memainkan peranan penting di pentas antarabangsa. Pertemuan tersebut juga memperkukuh hubungan yang semakin erat sejak lawatan negara Presiden Xi ke Malaysia pada April lalu, yang menyaksikan pemeteraian 31 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin sepakat untuk memperkukuh persahabatan berteraskan kepercayaan, rasa hormat dan keikhlasan, termasuk memastikan pelaksanaan segera terhadap perkara yang telah dipersetujui.

Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang digagaskan Presiden Xi, khususnya Belt and Road Initiative (BRI) bagi memperkukuh keterhubungan global, serta Global Governance Initiative (GGI) yang diketengahkan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) baru-baru ini.

TUN JULIA MOHD TAHIR