fb fb fb fb fb

Penyertaan ATM ke Turkiye terima pujian pemimpin negara itu

KUALA LUMPUR, 18 April- Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi ke Turkiye ekoran kejadian gempa bumi Februari lalu menerima pujian dalam kalangan pemimpin negara itu.

Perkara itu bukti kemampuan ATM melaksanakan Operasi Ketenteraan Selain Perang terutama berkaitan bantuan kemanusiaan dan bencana.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rakan sejawatnya di Turkiye; Hulusi Akar amat berpuas hati dengan komitmen yang dizahirkan terutama dalam misi dan menyelamat serta pembangunan hospital medan di kawasan terjejas.

"Pasukan negara kita menjadi sebutan kepada pimpinan Turkiye terutama Menteri Pertahanan yang sebut banyak kali yang beliau amat gembira dengan kehadiran kita bantu dan Malaysia negara pertama yang hantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan hospital medan ke sana," katanya pada Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi Starlight 2 di ibu negara.

Misi itu melibatkan 110 petugas selama enam minggu sejak Hospital Medan mula beroperasi 10 Februari lalu.

Seramai 2,415 pesakit berjaya dirawat termasuk 83 kes pembedahan yang berjaya dilaksanakan.

(Mohamad Hasan)

Media Baharu