fb fb fb fb fb

Penyerapan terbesar, 491 anggota diserap ke dalam TDM

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Seramai 26 pegawai dan 465 anggota Lain-Lain Pangkat diserap ke dalam 16 Kor dan Rejimen Tentera Darat Malaysia (TDM), hari ini.

Ia selepas mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera Ke-608 yang telah bersidang pada 14 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, ia merupakan penyerapan terbesar pegawai dan sukarela selepas kali terakhir diadakan pada 2020.

"Langkah ini selari dengan objektif kedua dalam perintah ulung iaitu kemampanan organisasi melalui pengukuhan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap luhur.

Justeru itu, perancangan masa depan dan hala tuju askar wataniah adalah untuk meningkatkan pengetahuan anggota sukarela agar setanding dengan anggota tetap," kata Mohammad kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Penyerapan itu sekali gus dapat membantu kebajikan mereka menerusi bayaran pencen, peluang melanjutkan pengajian, pinjaman bayaran perumahan dan perkhidmatan luar negara.


(Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman)

Media Baharu