fb fb fb fb fb

Program Sentuhan Madani, Anwar dijangka umum berita gembira

ALOR SETAR, 12 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program Sentuhan Madani peringkat negeri Kedah bersama pesawah, nelayan, penoreh getah dan pekebun kecil di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ampang Jajar, Sabtu ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Dr Ismail Salleh berkata program itu bakal menghimpunkan 15,000 golongan berkenaaan termasuk penduduk sekitar Kedah .

"Pelbagai pengisian menarik bakal disediakan antaranya sentuhan secara langsung untuk enam kelompok masyarakat berkaitan.

"Anwar juga dijangka mengumumkan beberapa berita gembira kepada kumpulan sasar yang hadir pada program berkenaan.

"Kita juga mengharapkan masyarakat berdekatan terutamanya rakyat Kedah untuk sama-sama hadir," katanya selepas meninjau tapak program di ibu pejabat MADA Kedah.

Katanya, program Sentuhan Madani melibatkan keseluruhan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Program berlangsung bermula pukul 9.00 hingga 11.30 pagi.

Selain daripada program MADA, Anwar dijangka hadir merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) di Sungai Petani pada sebelah petang.


(Selain daripada program MADA, Anwar dijangka hadir merasmikan Karnival
Usahawan Desa (KUD) di Sungai Petani pada sebelah petang)

Media Baharu