fb fb fb fb fb

Penyeludupan minyak masak, kaedah penguatkuasaan mungkin diteliti semula

KOTA BHARU, 13 Ogos- Margin keuntungan besar dan perbezaan ketara harga minyak masak subsidi di negara jiran antara faktor utama penyeludupan bekalan itu terus berlaku ke Thailand.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan soal ketirisan tersebut sememangnya dalam pengetahuan pihaknya.

"Kita tahu sedang berlaku sebab itu penguatkuasaan berjalan terus, sementara itu kita juga kena buat penilaian kalau ia terus menerus apa itu bocor dan terus menerus penyeludupan berlaku, kita mungkin kena semak kaedah yang kita guna pakai sekarang," katanya.

(Annuar Musa)

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia ditemui selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), di sini.

Tambah Annuar, pada masa sama pihaknya sedang membuat audit forensik terhadap kilang pembungkusan minyak masak subsidi dan mengakui terdapat beberapa kelemahan.

Sehubungan itu, kenyataan susulan akan dibuat kementerian berkaitan berhubung perkara tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, bekalan minyak masak bersubsidi masih banyak dan senang didapati di Golok, Thailand.

Media Baharu