fb fb fb fb fb

173 PEDi tambahan akan dibina di seluruh negara

(Annuar Musa)

KOTA BHARU, 13 Ogos- Sebanyak 173 lagi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) akan dibina di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan ia merupakan tambahan kepada 911 PEDi sedia ada yang menyediakan capaian internet serta kemahiran asas digital kepada masyarakat setempat terutama di kawasan luar bandar.

Pembinaan PEDi tersebut dijangka siap tahun depan, melibatkan kos RM200 juta.

Dengan adanya tambahan pembinaan PEDi tersebut, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memiliki sekurang-kurangnya satu pusat internet komuniti berkenaan.

"Yang penting sekali ialah untuk PEDi itu menyusun program-program secara aktif dan kita harap itu akan membuka ruang kepada anak-anak muda menceburi bidang perniagaan dengan menggunakan kemudahan di platform e-dagang dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengan galakkan penguasaan ekonomi digital," katanya.

(173 PEDi tambahan akan dibina di seluruh negara)

Beliau di temui media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), di sini.

Mengulas watikah pelantikan itu, Annuar berkata pihaknya telah melantik secara rasmi lebih 900 orang sebagai Pengerusi PEDi yang akan memberikan kepimpinan bagi memastikan trasformasi PEDi dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Media Baharu