fb fb fb fb fb

Inisiatif BPP, Pahang terus bantu rakyat terkesan

LIPIS, 13 Ogos- Kerajaan Pahang meneruskan inisiatif Bantuan Prihatin Pahang (BPP), bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Bantuan diteruskan menerusi peruntukan sebanyak RM29.91 juta memanfaatkan 297,000 orang penerima.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bantuan tersebut merangkumi 4 kluster utama iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Apresiasi.

"Kelompok penerima bantuan adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik," katanya.

Beliau berucap pada Program Bantuan Prihatin Keluarga Malaysia di Dewan Laman Sejahtera, Felda Sungai Koyan, di sini.

Menurutnya, bantuan telah diagihkan secara berperingkat bermula April lalu melibatkan golongan pelajar, veteran tentera, bekas polis, pemandu teksi, penjaja harian, nelayan dan juga ibu tunggal.

(Wan Rosdy Wan Ismail)

Pada program itu, bantuan tunai RM200 seorang kepada 229 ibu tunggal disalurkan di bawah inisiatif BPP.

Selain insentif turut diberikan kepada 226 guru-guru KAFA di daerah Lipis bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pasa program sama, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud turut menyalurkan Sumbangan Prihatin Keluarga Malaysia berbentuk dekoder MyTV sebanyak 100 unit kepada penduduk di kawasan Jelai.

Media Baharu