fb fb fb fb fb

Penyelia gudang rugi RM500,000 terpedaya pelaburan palsu

Foto Bernama

SEBERANG PERAI SELATAN, 12 Julai - Seorang penyelia pembantu gudang dari Sungai Bakap rugi RM500,000 selepas terpedaya dengan iklan pelaburan saham palsu di Facebook.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa berusia 53 tahun diperkenalkan dengan aplikasi pelaburan dikenali sebagai Silver Peak CP yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Mangsa membuat 22 transaksi ke dalam enam akaun berbeza antara 22 Mac hingga 24 Jun lalu, sebelum menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan.

TUN JULIA MOHD TAHIR