fb fb fb fb fb

Program Madani Rakyat terus terima sambutan hangat

PMR Terengganu 2025 dihadiri lebih 80,000 penhunjung - Foto JPM

KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Program Madani Rakyat (PMR) yang telah memasuki siri keempat penganjurannya terus mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, PMR kali ini diadakan di Terengganu bermula Khamis lalu dan berakhir hari ini dengan majlis penutupnya disempurnakan Perdana Menteri.

1207 NSL KSN PRINSIP MADANI RAKYAT 1Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar beramah mesra dengan pengunjung di PMR Terengganu - Foto FB KSN

"Ini merupakan siri keempat PMR, sebuah inisiatif inklusif yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dalam satu platform untuk menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

"Prinsip utama PMR adalah mendekatkan perkhidmatan kerajaan yang kebiasaannya berpusat di peringkat kementerian dan jabatan kepada rakyat agar ia dapat dinikmati dengan lebih cepat, mudah dan berkesan," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

1207 NSL KSN PRINSIP MADANI RAKYAT 2Prinsip utama PMR adalah mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat - Foto FB KSN

Menurut Tan Sri Shamsul Azri, beliau dimaklumkan lebih 80,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan program kali ini yang menunjukkan satu petanda jelas bahawa inisiatif berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat.

"Terima kasih dan tahniah kepada orang 'Ganu kite' atas sokongan yang begitu hangat dan mesra! Ayuh, rancakkan Madani," katanya.

PMR 2025 Terengganu berlangsung tiga hari mulai Khamis lalu di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran perkhidmatan kerajaan dan Jualan Madani.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK