fb fb fb fb fb

Penyelenggaraan lebuh raya dihentikan hingga 7 Mei

(Datuk Seri Alexander Nanta membuat tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di Plaza Tol Gombak)

GOMBAK, 19 April- Kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya dihentikan seketika bermula 18 April hingga 7 Mei," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Jelas beliau, langkah itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan tidak mengganggu perjalanan orang ramai sepanjang perayaan Aidilfitri sekali gus memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

"Jadi saya telah mengarahkan serta-merta, dari 18 hari bulan (April) sudah dipersetujui supaya tidak ada kerja penyelenggaraan hingga 7 Mei. Tempoh yang panjang supaya tidak mengganggu perjalanan pengguna di jalan raya," kata Alexander ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di Plaza Tol Gombak di sini.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan tular video di media sosial berhubung kesesakan teruk di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja penyelenggaraan.

(Datuk Seri Alexander Nanta berkata penyelenggaraan lebuh raya dihentikan hingga 7 Mei)

Media Baharu