(Foto FB Fahmi Fadzil)
PUTRAJAYA, 19 April- Bersempena Aidilfitri, para pengguna pakej prabayar bakal menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu akan dilaksana bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei depan.
Dalam kenyataannya beliau memaklumkan, inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
"Usaha itu selari dengan konsep Rahmah dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
"Kemudahan itu bagaimanapun tertakluk pada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan," menurut kenyataan itu.
Para pelanggan dinasihatkan agar menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
(Fahmi berkata kuota internet tambahan percuma Aidilfitri)