(Datuk Seri Mohamad ditemu bual selepas menghadiri Program Jelajah Ramadan Menteri
KPKM bersama Usahawan Negeri Melaka)
ALOR GAJAH, 19 April- Jualan Khas Syawal Madani yang bermula 15 April berjaya mencatatkan nilai jualan berjumlah RM4.5 juta.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, nilai tersebut adalah hasil penglibatan 1,462 usahawan di 38 lokasi outlet pemasaran FAMA seluruh negara.
Memandangkan perkembangan positif itu pihaknya akan meneruskan program sedemikian pada perayaan utama seperti Hari Raya Aidiladha, Deepavali dan Krismas.
"Dan semua perayaan utama dan apabila dilihat berlaku suatu perkara yang kenaikan harga yang mendadak misalnya saya minta juga, FAMA akan bertindak untuk mengurangkan bebanan pengguna," kata Mohamad selepas menghadiri Program Jelajah Ramadan Menteri KPKM bersama Usahawan Negeri Melaka di sini.
Beliau yakin sasaran keseluruhan RM13 juta nilai jualan di 113 outlet pemasaran dapat dicapai menjelang Syawal.
(Datuk Seri Mohamad (tengah) membuat lawatan ke tapak jualan Syawal Madani sempena
Program Jelajah Semarak Ramadan FAMA/BERNAMA)