fb fb fb fb fb

Penyelam warga Norway ditemui selamat

MERSING, 7 April - Seorang penyelam wanita warga Norway, Kristine Grodem, 35 tahun yang dilaporkan hilang ketika menyelam, semalam, di temui selamat, kira-kira 8.15 pagi tadi.

Mangsa ditemui 30 batu nautika dari lokasi kejadian, oleh bot tunda yang datang dari Indonesia.

Pada pukul 12.05 tengah hari, Kristine yang dibawa menaiki helikopter selamat mendarat di padang Stadium Mersing.

Beliau dilihat dalam keadaan baik serta mampu berjalan kaki untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, operasi mencari dan menyelamat kini bertumpu di kawasan perairan selatan.

"Saya dah maklumkan Basarnas, badan Indonesia dan Singapura serta jabatan laut untuk keluarkan navtag pada kapal-kapal dagang yang melalui perairan disini. Jika mangsa dijumpai, kita minta kerjasama untuk menyelamatkan mangsa atau maklum pada kita," beliau berkata kepada media semasa operasi mencari dan menyelamat di sini.

Keluasan kawasan pencarian sehingga kini meliputi 100 batu nautika melibatkan aset bot, sementara pencarian udara seluas 270 batu nautika.


(Kristine Grodem dibawa ke hospital unutk mendapatkan rawatan)


Media Baharu