fb fb fb fb fb

Aplikasi bantu penunggang motosikal terlibat kemalangan dilancar - Annuar

(Annuar melawat Jamal Shankar yang sedang menerima rawatan di hospital)

KUALA LUMPUR, 7 April - Satu aplikasi bagi membantu penunggang motosikal yang terlibat kemalangan sedang dibangunkan sekumpulan sukarelawan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata aplikasi tersebut dilengkapi beberapa kemudahan antaranya panggilan terus ke ambulans dan perkhidmatan tunda kenderaan.

Ia dijangka dilancar akhir bulan ini.

(Annuar ditemubual media hari ini)

Jelas Tan Sri Annuar, penghasilan aplikasi itu merupakan cetusan ideanya sendiri selepas beliau menyaksikan satu insiden kemalangan membabitkan penunggang motosikal, Jamal Shankar Abdul Rahman, pada Selalu lalu.

"Insya-Allah seminggu dua lagi saya bersama sukarelawan Uncle Kentang akan melancarkan satu aplikasi yang mana penunggang motorsikal boleh menekan satu butang dan akan dapat perbagai jenis bantuan seperti menunda kereta, ambulan dan polis," katanya.

Beliau memaklumkan demikian selepas melawat Jamal Shankar di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Media Baharu