fb fb fb fb fb

Penyelam hilang, kerajaan Johor akan maklumkan pada kedutaan mengenai SAR - MB Johor

MERSING, 7 APRIL - Kerajaan Johor akan sentiasa memaklumkan kepada pihak kedutaan empat warganegara asing, mengenai perkembangan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) penyelam yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, semalam.

Kedutaan terlibat merupakan Britain, Belanda, Norway dan Perancis.

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau pusat operasi SAR)

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangan semasa mengenai operasi akan disalurkan sepanjang masa, terutama kepada ahli keluarga mangsa.

Ketika ini operasi SAR sedang dijalankan melibatkan kawasan seluas 107 batu nautika.

Seramai 90 anggota dan pegawai, 18 aset termasuk dua bot yang dipinjamkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selain dua buah helikopter digerakkan dan melibatkan 30 penyelam.

Bagaimanapun, keselamatan anggota dititikberatkan, berikutan cuaca tidak menentu.

"Operasi SAR diteruskan pagi dan petang, cuma lewat petang saya dimaklumkan keadaan cuaca mencabar. Jadi lewat petang, operasi akan berhenti seketika. Tapi persediaan telah dilakukan seperti yang dilihat. Jadi kita teruskan sehabis baik", katanya kepada media, di sini.

Semalam, empat orang penyelam iaitu warganegara Britain, Belanda, Norway dan Perancis dilaporkan hilang ketika menjalankan latihan menyelam di pulau .

Penyelam yang hilang dikenalpasti sebagai Adrian Peter, 46 tahun, remaja lelaki warga Belanda, Nathan Renze, 14 tahun serta dua wanita iaitu seorang warga Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun dan wanita dari Norway, Kristine Grodem, 35 tahun.

Kesemua mereka mempunyai lesen menyelam, manakala Kristine merupakan jurulatih.

Media Baharu