(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemu bual dalam Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama
bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran RTM)
PUTRAJAYA, 20 Ogos - Proses libat urus sedang dijalankan bagi penyediaan Bajet 2023 dan ia mengambil kira kepentingan Keluarga Malaysia dalam mendepani krisis ekonomi global yang dijangka lebih mencabar tahun hadapan.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses itu melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuklah wakil pembangkang.
"Walaupun ekonomi kita dari segi KDNK terbaik di Asia Tenggara berbanding dengan negara besar yang lain tetapi banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dan dilakukan oleh kerajaan untuk menyediakan rakyat ini terutama dari segi menyediakan pekerjaan, kita akan dari segi penyediaan pekerjaan, IKS, PMKS, atau pun IKS terjejas begitu lama dengan pandemik COVID-19 ini, jadi sokongan kepada perniaga kecil ini akan diteruskan dan diumumkan beberapa insentif untuk di dalam bajet dan sebagainya," kata beliau dalam temu bual Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia-Teguh Bersama bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran RTM, malam ini.
(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemu bual dalam Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama
bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran RTM)
Ismail Sabri turut memberi jaminan pembentangan Bajet 2023 nanti akan mendapat sokongan penuh pihak pembangkang.
Ia merupakan satu daripada intipati yang ditandatangani kedua-dua pihak dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
MoU berkenaan yang ditandatangani pada September tahun lepas bertujuan membawa kestabilan dan dimensi baharu politik negara.
Tiada tarikh tamat ditetapkan dan kedua-dua pihak setuju bekerjasama dan sokongan akan diberi kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan.