fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Sri Muda, penduduk diminta tidak panik

SHAH ALAM, 20 Ogos- Penduduk Taman Sri Muda, di sini diminta tidak panik susulan kejadian banjir kilat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis yang berada di lokasi memaklumkan, beberapa batang jalan dan kawasan perumahan dinaiki air setinggi paras betis.

Walau bagaimanapun pihaknya sudah bersiap sedia menghantar anggota dan aset sebagai persediaan.

"Pada masa sekarang kita telah menghantar pasukan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

"Sekarang ini kita dalam kawasan Sri Muda ada dua buah bot dan kita tempatkan bot tersebut di kawasan luar Sri Muda berhampiran simpang empat, berhampiran dengan KFC.

"Dan kemudian kita telah gerakkan dua lagi bot daripada balai bomba Andalas dan Sri Pinang untuk bersedia di kawasan Sri Muda," katanya.

(Norazam Khamis)

Hujan lebat, kira-kira pukul 5 petang tadi menyebabkan kawasan di Sri Muda dinaiki air.

Media Baharu