fb fb fb fb fb

Penyasaran subsidi: 3.8 juta rakyat dapat manfaat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

BUTTERWORTH, 29 Jun- Seramai 3.8 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang tindakan penyasaran subsidi yang dilaksanakan kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat.

"Sekurang-kurangnya 3.8 juta rakyat yang mendapat manfaat daripada subsidi, mengapa kita harus fikir untuk membela penyeludup dan orang asing yang tidak bayar cukai.

"Jadi bila berjaya langkah itu, seperti mana juga kita tarik kadar pengapungan harga ayam, kita dapat jimat RM1.2 bilion dan sekarang kita mampu dengan kos yang lebih rendah menurunkan lagi kadar elektrik bagi syarikat-syarikat besar, dengan maksud mereka membantu mengurangkan harga, jadi kita sedang pantau", katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri Perjumpaan Khas Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Seberang Jaya.

Pelbagai isu dibincangkan yang melibatkan perancangan Bumiputera di Pulau Pinang bagi meningkatkan taraf hidup.

ROSLINA BINTI DIN