fb fb fb fb fb

Penyakit fungsian perut dan usus berpotensi menyerang bayi seawal 6 bulan

KOTA BHARU, 26 Mei- Bayi berusia seawal enam bulan berpontensi diserang penyakit fungsian perut dan usus.

Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) Profesor Dr. Lee Yeong Yeh berkata, kini ramai golongan muda yang dikesan menghidap penyakit tersebut termasuk bayi.

Beliau berkata, "kembung perut, sembelit, cirit-birit, sakit perut dan muntah gelaja yang boleh dikesan jika seseorang bayi itu diserang penyakit berkenaan."

Situasi itu akan menyebabkan bayi akan mengalami masalah berat badan selain tumbesaran akan menjadi terbantut.

"Antara faktornya dikenali sebagai faktor pemakanan dari segi faktor sosial ekonomi perubahan dalam bakteria dalam gastrousus kita ini antara faktor yang boleh menyebabkan ganguan fungsi asal saraf usus," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Makmal Fungsi Gastrousus dan Motiliti di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian, di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah HUSM Kubang Kerian, Profesor Datuk Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman.

(Dr. Lee Yeong Yeh)

Media Baharu