fb fb fb fb fb

MRT APEC ke-29, fokus strategi tingkat perdagangan serantau

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Antara fokus perbincangan pada Mesyuarat Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-29 di Detroit, Amerika Syarikat ialah strategi untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan bagi integrasi ekonomi serantau lebih baik.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong akan turut berkongsi usaha Malaysia dalam memenuhi permintaan serantau sebagai usaha mengukuhkan perdagangan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan, "turut dibincangkan ialah cara untuk mengukuhkan penyertaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam ekonomi global."

Mesyuarat tersebut merupakan pertemuan peringkat menteri yang pertama dianjurkan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah APEC 2023.

Bertemakan 'Mewujudkan Masa Depan Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua', ia dipengerusikan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Katherine C. Tai.

Sejajar dengan Visi Putrajaya 2040, menteri-menteri perdagangan APEC turut dijangka menangani kebimbangan dalam membina daya tahan rantaian bekalan serantau, memerangi perubahan iklim dan menangani ketidaksamaan ekonomi.

(Tangkap layar kenyataan media MITI)

Media Baharu