fb fb fb fb fb

Penutupan jalan di ibu negara sempena memperingati Tun Doktor Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Laluan Jalan Raja di Dataran Merdeka ditutup sementara kepada lalu lintas selama tujuh hari bermula 8.00 malam tadi.

Penutupan itu bersempena dengan sambutan Majlis Memperingati Negarawan Tun Doktor Ismail Al-Haj - Tonggak Perpaduan Negara.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Digital, "majlis tersebut merupakan antara pengisian sambutan Bulan Kebangsaan 2023."

Susulan penutupan laluan tersebut, trafik dari arah Jalan Sultan Hishamuddin dilencongkan ke Leboh Pasar Besar. Manakala trafik dari Jalan Tuanku Abdul Rahman dilencongkan ke Jalan Tun Perak dan Jalan Kinabalu.

Orang ramai dinasihat untuk rancang perjalanan sepanjang tempoh 28 Julai, bermula 8.00 malam sehingga pukul 5.00 pagi pada 3 Ogos (Rabu).

(Tangkap layar kenyataan media Kementerian Komunikasi dan Digital)

 

Media Baharu