fb fb fb fb fb

KKDW galak wanita, beliawanis dalami pendidikan TVET

DUNGUN, 28 Julai- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mensasarkan 60 peratus golongan wanita di negara ini dalam guna tenaga wanita dalam pelbagai bidang.

Sasaran itu meningkat lima peratus berbanding sebelum ini bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan tersebut.

Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang berkata, usaha itu seterusnya diperkasakan dengan menggalakkan lebih ramai golongan wanita menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Khas Wanita seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

TVET Khas Wanita itu bakal membuka peluang memperkasa kaum wanita dalam bidang kemahiran hasil kerjasama universiti teknikal di peringkat diploma serta sijil dengan pengambilan pertama seramai 15,000 pelajar.

"Kita akan meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang teknikal kerana kita ingin pastikan kerana guna tenaga semakin ramai dalam kalangan wanita. Kalau kini kita 55 peratus sasaran kita 60 peratus.

"Jadi kita juga menyediakan peluang TVET untuk wanita baru-baru ini baru diumumkan Timbalan Perdana Menteri sebagai menteri telah mengumumkan TVET wanita akan diadakan melalui RISDA," katanya selepas menyempurnakan program Himpunan Wanita Madani yang dihadiri hampir seribu pengunjung di Kompleks Sukan Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini.

Program Himpunan Wanita Madani diserikan dengan pengisian ilmiah menerusi perkongsian tips penjagaan kesihatan wanita oleh doktor pempengaruh terkenal di media sosial iaitu Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau Dr Malar.

(Rubiah Wang)

Media Baharu