Penubuhan RCI siasat TH ikut lunas undang-undang, atas titah YDP Agong

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan mengikut lunas undang-undang atas titah dan perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Julai 2021.

RINGKASAN BERITA AI
  • RCI menyiasat dakwaan salah tadbir urus dan pengurusan institusi TH secara menyeluruh.
  • Pelantikan anggota suruhanjaya dibuat oleh institusi beraja bebas daripada kepentingan mana-mana pihak.
  • RCI bukan mahkamah jenayah atau sivil; fungsi utamanya menyiasat sama ada berlaku salah tadbir urus.
  • Peranan RCI penting untuk mengesahkan laporan, mengenal pasti pihak terlibat dan menentukan keperluan siasatan lanjut.

Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Undang-Undang UiTM, Profesor Madya Dr. Norazlina Abdul Aziz, ia kuasa mutlak baginda bertujuan menyiasat dakwaan berkaitan salah tadbir urus dalam pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan, dapat disiasat secara menyeluruh.

Pelantikan anggota suruhanjaya berkenaan dibuat institusi beraja yang bebas daripada kepentingan mana-mana pihak.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini bukan merupakan mahkamah jenayah mahupun mahkamah sivil, sebaliknya bertujuan menyiasat sama ada berlaku sebarang salah tadbir urus atau perkara lain yang bertentangan dengan undang-undang di Malaysia.

“Peranan RCI amat penting bagi memastikan kesahihan laporan yang diterima, selain mengenal pasti pihak yang terlibat serta menentukan sama ada terdapat keperluan untuk menjalankan siasatan lanjut yang sewajarnya pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi RTM.

Sehubungan itu beliau menegaskan penubuhan RCI TH bukan bermotifkan politik, sebaliknya dilaksanakan atas titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu bagi melindungi hak serta kepentingan para pendeposit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.