fb fb fb fb fb

Penubuhan MHPSS, bantuan psikologi untuk petugas kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad/Fail

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) bagi mengenal pasti petugas kesihatan yang memerlukan bantuan awal psikologi atau Psychological First Aid (PFA).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan penubuhan itu susulan kematian seorang pakar perubatan patalogi yang dibuli di Hospital Lahad Datu, baru baru ini.

"Kumpulan sokongan ditubuh khasnya untuk doktor muda dan pegawai latihan siswazah."

"Khidmat ini diberikan kepada mereka dalam mewujudkan 'coping capacity' agar mampu berdaya tahan selain mampu berdepan situasi tekanan kerja yang tinggi di fasiliti kesihatan seperti hospital," kata Dr. Dzulkefly, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lee Chuan How berhubung rancangan KKM untuk mengelak kejadian buli berlaku dalam kalangan doktor.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM