fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah berkurang kepada 961

Keadaan banjir di Kedah

ALOR SETAR, 17 Oktober- Bilangan penduduk terjejas banjir di Kedah berkurang kepada 961 individu yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat pukul 11.00 pagi tadi, daripada jumlah itu ia terdiri daripada 286 keluarga yang berada di lapan PPS iaitu di Pendang, Kota Setar dan Baling.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam satu kenyatanmemaklumkan, di Pendang, seramai 315 penduduk terjejas daripada 84 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan Dewan Kompleks Rakan Sukan Pendang.
 
Sementara itu, di Kota Setar sebanyak lima PPS dibuka iaitu di SMK Alor Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, SK Taman Aman, SK Sri Gunong dan SMK Simpang Kuala yang menempatkan seramai 591 penduduk daripada 181 keluarga.
 
Manakala, di Baling, hanya sebuah PPS dibuka iaitu di SK Kuala Ketil yang menempatkan 55 penduduk daripada 21 keluarga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI