fb fb fb fb fb

Penubuhan MCBA penting bagi naikkan Malaysia ke tahap 1 laporan TIP

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Julai-Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2021 dan 2022, dengan lebih suara bersetuju, selepas 16 kementerian selesai menggulung perbahasan yang bermula Khamis lepas.

Ketika sesi penggulungan bagi Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, MCBA dijangka menjadi elemen penting, meningkatkan kedudukan Malaysia ke Tahap 1 dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang.

Bagi mencapai kedudukan berkenaan, KDN mempertingkat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, menerusi penubuhan
MCBA.

"Antara contoh kerjasama yang telah kita buat termasuklah dengan Global Shepherds, Tenaganita Sdn. Bhd kerana tidak semua kementerian dan agensi boleh buat dan NGO boleh berperanan.

"Kita juga menjalin kerjasama dekat dengan institusi hak asasi seperti Suhakam. Di peringkat antarabangsa melalui platform The Bali Process yang membawa kepada penganjuran yang mengukuhkan lagi elemen kerjasama antara agensi yang menjadi ukuran penting dalam memposisikan negara ke kedudukan lebih baik.Bahkan menubuhkan MCBA yang diumumkan pada 1 Mei oleh Perdana Menteri juga mempunyai kekuatan yang signifikan dalam meletakkan sasaran Malaysia jadi kenyataan", katanya di sini.

Dua lagi fokus utama, masing-masing, memperhebat usaha mengenal pasti dan melindungi semua mangsa pemerdagangan serta menambah baik proses pendakwaan.

Jun lepas, Malaysia dinaik taraf ke kedudukan Tahap 2 dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang 2024.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD