fb fb fb fb fb

Operasi khas bas persiaran, 15 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

Foto RTM

GOMBAK, 2 Julai- Sebanyak 15 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan membabitkan bas persiaran dan ekspres dalam Operasi Khas Bersepadu Khas di Lebuhraya Gombak, hari ini.

Bas persiaran yang dipandu itu turut diperiksa dan disita sebelum dibenarkan bagi meneruskan perjalanan.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, antara kesalahan pemandu bas itu adalah tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL).

"Selain daripada itu juga, pihak kami telah mengesan beberapa kesalahan antaranya ialah sebuah kenderaan van Thailand yang tidak mempunyai ICP manakala kesalahan-kesalahan lain adalah di bawah MOTAC di mana pihak MOTAC telah mengenal pasti tiga bas persiaran tidak mempunyai pemandu pelancongan."

"Ini juga merupakan satu kesalahan yang serius tetapi kita tidak sita, kerana memberi kesan kepada imej kerajaan. Bahawasanya, kita sebagai pemandu bas persiaran, jika kita tidak mempunyai pemandu pelancong dan ini membawa imej yang tidak baik kepada kerajaan," kata Muhammad Kifli kepada pemberita.

Tambahnya, pemeriksaaan sebanyak 68 bas persiaran dan 25 ekspres turut terlibat sepanjang operasi yang bermula pada pukul 6.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi.

Turut terlibat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sepanjang operasi dijalankan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM