fb fb fb fb fb

Penubuhan JETCO di Singapura, pacu pelaburan langsung asing ke Johor

JOHOR BAHRU, 8 Disember- Penubuhan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura pada tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menyumbang kepada pelaburan langsung asing ke Johor.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han berkata kejayaan itu turut dibantu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Johor.

Sehingga Jun lalu, RM6.67 bilion diterima hasil sektor pembuatan, dengan RM5.65 bilion merupakan pelaburan langsung asing.

"Dan daripadanya hampir 70 peratus iaitu RM4 bilion adalah dari Singapura dan untuk gerak kerja tahun ini JETCO telah pun mengadakan 15 siri perbincangan dengan pelbagai agensi di Singapura dan juga mengadakan tiga siri suai kenal untuk membawa para pelabur dari Singapura datang ke Johor," katanya.

(Lee Ting Han pada persidangan DUN Johor hari ini)

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.

Justeru, kerajaan Johor akan bergiat aktif untuk menarik pelaburan dari Singapura.

Media Baharu