fb fb fb fb fb

Agong terima menghadap Komander Tentera Darat UAE di Abu Dhabi

(Foto Fb Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi, semalam.

Hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini memaklumkan, dalam sesi menghadap serta perbincangan bermula pada 11 pagi waktu tempatan itu, Seri Paduka Baginda dan Mejar Jeneral Saeed menyentuh berkenaan kerjasama dalam bidang ketenteraan antara Malaysia dan UAE berdasarkan kepentingan kedua-dua negara.

Sesi tersebut adalah antara aktiviti Seri Paduka Baginda dalam rangka lawatan khas ke Abu Dhabi selama empat hari yang berakhir semalam, atas persilaan peribadi Presiden UAE Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Istana Negara turut memaklumkan Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat tiba di tanah air, hari ini.

(Foto Fb Istana Negara)

Media Baharu