fb fb fb fb fb

Penternak ikan sangkar kurangkan jumlah peliharaan di musim banjir

KELANTAN, 27 Disember- Tumpat antara daerah di Kelantan yang turut terjejas banjir kali ini.

Bagi seorang penternak ikan dalam sangkar di Laguna Sri Tujoh, Tumpat, dia mengambil tindakan mengurangkan jumlah peliharaannya selain bertindak menjual kepada orang ramai demi mengelak daripada mengalami kerugian besar.

Menurut Nik Nah Nik Harun, sejak beberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk memelihara kira-kira 3,000 ekor ikan talapia dan siakap setiap tahun.


(Nik Nah Nik Harun) 

Sepanjang memelihara ikan di Laguna Sri Tujoh ini, dia pernah mengalami kerugian sehingga RM60,000 kerana kesemua ikan peliharaannya mati.

Selepas kejadian terbabit, wanita ini mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan kerugian yang dialaminya termasuk membekalkan kepada sebuah restoran dua kali seminggu.

Menurutnya, kerugian tetap ada jika air tercemar masuk ke laguna tersebut, namun ia lebih kecil dan dapat ditampung dengan jualan selepas daripada itu.

"Banjir kali ini, saya tawakal.. rugi tu ada lah. tetapi tidak la teruk seperti sebelum ini, hari itu pelihara ikan, masa harga dalam RM16, sekarang ini, ikan lebih RM21 untuk 1 gram," katanya.
Nik Nah ditemui di sangkar ikan miliknya di Laguna Sri Tujoh, Tumpat.

Dia turut menjual kepada orang ramai yang mahukan ikan segar dari sangkar dan kebanyakan pelanggannya datang dari luar daerah Tumpat.

Media Baharu