fb fb fb fb fb

GiatMARA Perlis buka peluang buat belia sertai bidang kemahiran

(FOTO RTM)

KANGAR, 27 Disember-GiatMARA akan terus memainkan peranannya menyedia latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di seluruh Perlis.

Usaha tersebut bagi membolehkan lebih ramai golongan belia mendapat latihan sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan bagi memenuhi keperluan industri dan kegiatan ekonomi.

Menurut Pengarah GiatMARA Negeri, Harun Radzi, tiga pusat GiatMARA di Kangar, Padang Besar dan Arau kini menawarkan 220 tempat untuk belia mengikuti 11 kursus yang disediakan.

Tempoh latihan antara 3 bulan sehingga setahun untuk kemasukan Januari 2023.

Antara kursus ditawarkan ialah masakan dan pramusaji, terapi kecantikan dan solekan, baik pulih telefon pintar, pendawaian elektrik dan teknologi Automotif serta Penyejukbekuan dan penyaman udara.

"Pelatih yang mendapat tawaran hari ini akan menjalani latihan kemahiram bagi sesi 2023 mulai Januari nanti. Sambutan amat menggalakan. Setakat hari ini lebih 80 belia telah mendaftar.Peluang masih terbuka kepada belia-belia Perlis untuk menyertai latihan kemahiran GiatMARA", katanya pada Program Penyerahan Surat Tawaran dan Pendaftaran Kursus GiatMARA di Arau.

Seramai 8,064 pelatih berjaya mengikuti dan menamatkan latihan kemahiran di 3 pusat GiatMARA yang terdapat di Perlis sejak tahun 1987 sehingga kini.

Keseluruhannya 86 peratus pelatih GiatMARA mendapat pekerjaan setelah tamat latihan.


(Pengarah GiatMARA Perlis, Harun Radzi/ FOTO RTM) 

Media Baharu