fb fb fb fb fb

Projek Tebatan Banjir bukti kerajaan Perak komited tangani isu banjir di kawasan risiko

(FOTO RTM)

IPOH, 27 Disember-Kerajaan Perak komited tangani isu banjir di kawasan berisiko tinggi di
negeri berkenaan.

Usaha tersebut dibuktikan dengan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir melalui Jabatan Pengairan dan Saliran JPS khususnya di daerah Larut, Matang dan Selama.

Antaranya Projek Tebatan Banjir Sungai Larut Fasa 1.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, JPS turut merancang beberapa Projek Rancangan Tebatan Banjir dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan.

"Bagi tempat-tempat lain projek tebatan banjir memerlukan bantuan daripada kerajaan Persekutuan memandangkan kosnya yang terlalu tinggi. Ia memerlukan kajian mendalam sebelum dilaksanakan", ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.


(Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin / FOTO RTM)

Media Baharu