fb fb fb fb fb

Terengganu: Sesi persekolahan bermula 1 Januari

TERENGGANU, 27 Disember- Sesi Persekolahan di Terengganu akan bermula seperti dijadualkan iaitu pada 1 Januari 2023.

Ia membabitkan 505 sekolah rendah dan menengah seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPNT) Abdul Muie Ngah berkata jumlah itu termasuk 74 sekolah yang terjejas akibat banjir.

 
(Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri,Abdul Muie Ngah)

Daripada 74 sekolah terjejas banjir 62 daripadanya telah selesai dibersihkan.

Ketika ini pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan serta sukarelawan seluruh negara sedang giat membantu membersihkan baki sekolah terlibat banjir.

"Sekolah pun telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi sekolah masing-masing kalau meja kerusi kurang macam mana hendak buat dan kita sentiasa muafakat antara sekolah di negeri Terengganu kalau lebih sekolah akan dibawa ke sekolah yang kurang,

"Setiap daerah telah mengambil data-data sekolah yang terlibat dengan banjir berapa kerusi kurang meja rosak dan sebagainya termasuklah ICT kita telah membuat bancian jadi bila kita dapat nanti insya-Allah kita akan lihat dimana perlu kita buat orang kata kita akan lihat sekolah yang lebih akan diagihkan sekolah terkesan banjir,"katanya.

Banjir gelombang kedua yang disifatkan luar jangka merekodkan lebih 40,000 dipindahkan ke PPS.

143 sekolah di negeri ini dijadikan sebagai PPS.

Media Baharu