fb fb fb fb fb

Kemudahan pembayaran premium tanah secara ansuran tidak akan dilaksanakan - Saarani

IPOH, 27 Disember - Kerajaan Perak tidak berhasrat untuk melaksanakan kemudahan pembayaran premium tanah secara ansuran walaupun terdapat permintaan terhadap perkara tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelaksanaan pembayaran premium tanah secara ansuran akan mempengaruhi sasaran pendapatan kerajaan negeri melalui perolehan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

Jelas beliau, pihak PTG negeri mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan bagi menentukan jumlah pungutan setiap tahun.

"Saya minta maaf kita tidak dapat menyempurnakan permintaan ini kerana ia terlibat dengan audit dan juga sasaran untuk KPI bagi pendapatan yang dijanjikan PTG negeri, mereka mempunyai KPI tertentu untuk menentukan berapakah pungutan setiap tahun.

"Jadi kalau kita membenarkan bayaran secara ansuran, sukar bagi pihak PTG membuat ketetapan KPI bagi pihak mereka," kata Saarani di sini

(Saarani ketika menjawab pertanyaan tambahan dari Adun Bercham Ong Boon Piow
pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini)

 

Media Baharu