fb fb fb fb fb

Penstrukturan semula tol perlukan rundingan bersama dan kajian terperinci

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 16 November-Penghapusan tol adalah mustahil, dan akan melibatkan kos mencecah RM400 bilion, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan bagaimanapun bersedia menampung kenaikan kadar tol sebagaimana yang dilaksanakan pada 2022 iaitu berjumlah RM435 juta demi mengurangkan beban pengguna lebuh raya.

Tambah Abdul Rahman, sebarang penstrukturan kadar tol juga perlu melibatkan rundingan bersama syarikat konsesi selain kajian terperinci berhubung pelaksanaannya.

"Untuk penstrukturan tol tersebut rundingan bergantung dua pihak sama ada dari pihak konsesi tersebut dengan pihak kerajaan dan juga yang akan diluluskan.

"Semestinya kementerian kewangan memerlukan kajian menyeluruh dan kita dimaklumkan bahawa kalau keseluruhan dalam negara hendak menghapuskan tol melibatkan hampir RM400 bilion penghapusan tol ini dan penggantian kepada kos tersebut", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Parlimen.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD