fb fb fb fb fb

Penstrukturan IKB bawah KPBKL optimumkan sumber, perkasa asnaf

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Pengsktruturan pengurusan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bawah selian Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dapat mengoptimumkan sumber dan infrastruktur sedia ada dan ia tidak melibatkan sebarang kos tambahan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah penjenamaan itu dengan nama baharu iaitu Kolej Profesional MAIWP bagi memelihara dan memanfaatkan sepenuhnya zakat awam dan memperkasa golongan asnaf menerusi bidang pendidikan. 

"Penjenamaan Kolej Profesional MAIWP ini objektif yang utamanya ialah untuk mengoptimumkan penggunaan wang zakat ini, dimana kalau kita lihat sebelum ini IKB dan KPBKL yang ada bersebelahan saja. Mereka ini ada infrastruktur masing-masing.

"Jika sebelum ini penggabungan ini, di IKB tiada pusat sumber. Di KPBKL ada pusat sumber, jadi pelajar-pelajar atau pelatih di IKB boleh memanfaatkan sumber pusat sumber yang ada itu," kata Datuk Dr. Mohd Na’im.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Peralihan Penstrukturan Pengurusan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bawah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di ibu negara. 

Tambahnya, penstrukturan itu telah dirangka berdasarkan kajian dan analisa daripada pelbagai aspek termasuk langkah rasionalisasi dibuat kerajaan serta turut diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau turut menegaskan bahawa penggabungan tersebut sama sekali tidak akan menjejaskan kebajikan pelajar asnaf sebaliknya kebajikan mereka akan terus terpelihara dan ditambah baik supaya golongan itu menerima kemudahan pendidikan lebih baik.

Hingga kini KPBKL yang meraikan ulang tahun ke-33 pada 23 April lalu, berjaya melahirkan lebih 18,000 graduan.

TETITIA YUSOFF