fb fb fb fb fb

Penjawat awam Negeri Sembilan terima bantuan khas Aidilfitri

SEREMBAN, 7 April - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam bawah pentabdiran kerajaan negeri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut meliputi 4,050 penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM6 juta.

(Datuk Seri Aminuddin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco)

"Pemberian BKK ini juga sebagai usaha meringankan beban kewangan anggota perkhidmatan awam bawah kerajaan Negeri Sembilan bagi persiapan Hari Raya 2022. Bayaran akan dibuat pada 15 April 2022," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Beliau berharap BKK itu dapat memberi motivasi kepada penjawat awam negeri untuk melaksanakan tugas dengan baik dan terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada pentadbiran negeri.

Media Baharu