fb fb fb fb fb

Penjawat awam disaran carum SKSSR untuk isteri masing-masing - Sivakumar

KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyarankan agar kakitangan awam mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk isteri masing-masing sebagai perlindungan khas sewaktu menguruskan rumah tangga.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ia sebagai usaha memastikan sasaran 500,000 pencarum skim itu yang dilancarkan sejak Oktober tahun lalu, dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Setakat ini kesedaran masyarakat terhadap skim itu masih berada pada tahap rendah.

Ke arah usaha itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah mengadakan perbincangan dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi membolehkan pekerja di sektor awam membuat pemotongan gaji bagi yang mencarum SKSSR.

(Sivakumar bercakap dalam sidang media selepas merasmikan
Karnival Kerjaya ‘Myfuture jobs’ dan SKSSR peringkat negeri di KTCC Mall, di sini)

"Boleh dikatakan agak kecil kalau dibandingkan dengan insuran dan sebagainya. Tetapi boleh mendapat satu perlindungan yang yang baik, bukan sahaja suri rumah, suami juga, pimpinan-pimpinan masyarakat terus mewar-warkan supaya kalau boleh bukan sahaja RM500,000 malah semua suri rumah di negara ini akan dilindungi melalui SKSSR ini," kata Sivakumar, di sini.
 
Hingga kini, seramai 178,710 suri rumah sudah pun berdaftar bawah SKSSR dan 145 suri rumah yang mengalami kecederaan telahpun membuat tuntutan perlindungan berjumlah RM350,000.

Media Baharu