fb fb fb fb fb

JAKIM sasar dapatkan pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 menjelang 2025

Foto Fail

PUTRAJAYA, 7 Julai- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyasar untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 menjelang tahun 2025.

Menurut Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAKIM, Khalil Ibrahim, sasaran itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sistem penyampaian cemerlang, cekap dan berkesan.

"Salah satu sasaran JAKIM adalah untuk mencapai pengiktirafan sebagai salah satu agensi kerajaan yang mengikut standard yang ditetapkan oleh SIRIM.

Ini juga salah satu standard yang ditetapkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan bagi membolehkan JAKIM memberi khidmat yang lebih berkualiti kepada masyarakat Malaysia khususnya umat Islam," kata Khalil kepada pemberita hari ini.

Sasaran tersebut diletakkan dalam perancangan lima tahun JAKIM melalui Sasaran Kerja Strategik di bawah tadbir urus.

Sejak tahun lalu, JAKIM telah menganjurkan lima kursus bagi memberi pendedahan kepada warga jabatan terhadap keperluan pensijilan tersebut, selain audit dalaman dijadual diadakan pada 3 dan 4 Ogos nanti.


(Foto Fail)
 

Media Baharu